BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 March 2012

penjenayah betol2 depan mata 4 bijik

Assalamualaikumm . 

  Scary kann title entry nih ? and semestinya panjang berjela-jela *kalau mampu,nak ja panjangkan lagi.huehue*
Actually , cerita tak best sangat ponn . *tapi dah kekeringan idea nak update blog yg dah bersawang sana sini nih , terpaksa laa keluarkan cerite nih* Nak explain dulu kenapa title ada mata empat , sumpah saya bukan syaitannirojimmm , saya hanya berkaca mata ketika itu *saya nih rabun kadang-kadang . dah macam makcik-makcik plakk pakai spek kann ?*


  Tepat pukol 3 petang mungkin , si mak and si abah nak keluar , dating-dating laa kononnya . huehue . *sweet kemain depa . Jeles maqqq* . Dan ditemani oleh saya , anak gadis mereka yang cantik untok abad ini . Okay , saya hantar sampai pintu kereta jee . -.-'


  Sambil dengar si mak beleter bla bla bla dengan muka sedikit monyok sebab 'mak ingat kakakk budak tecik ala tomei-tomei ka ?' kakak tau laah semua tu , antaranya "kunci pintu , jangan merayap , jaga adik kat rumah baik-baik , masak untok adik-adik , jangan lupa KEMAS RUMAH" . Dan tak lupa sambil saya berpesan kat mak untok diam takut abah ubah fikiran , masuk balik dalam rumahh , haaa . kang mak nangis hentak-hentak kaki lak . ;P


  *Okay , saya terlari topik , tapi takpa , takda lagi saman yang akan dikeluarkan untok blogger yang terlari topik kan ? huehue* (Y)


  Tetibaa dalam tengah lenggang nak masok rumah , "POONNNGGGG" *terkezutt maqq .* Mula-mula ingat mercunn budak-budak nakal , rupanyaa taraa , abang polis telah melepaskan satu das tembakan ke atas . * =.= skemanya ayat aku*

   Terus saya tercari-cari kat mana bunyi tuh , pastu nampak sekor manusia tangan bergari , muka calar-calar macam abang mail lambong *k , tipu ja , takda calar ponn . saje nak takutkann korang . takott tak ? takot tak? huehue* 
tengokk , ada calar kan muka mael lambung .
TAKOT TAK ? TAKOT TAK ? huehue .


Manusia tuh lari belakang rumah saya . #aku agak kepelikan , belakang rumah aku ada fun fair kahh ? atau mungkin ada ustaz azhar idrus datang berceramahkahh ? agak kekurangan kecerdikkan seketika . >.< #

saya memang peminat setia Ustaz Azhar Idrus .
Ustaz paling best abad ini . 


  Tiba-tiba , *buat-buat dengar bunyi drum suspense yg slalu diiringi tatkala cikgu bedah nak menyampaikan hadiah pelajar cemerlang bulan ini* seorang abang polis yang sememangnya OSEM , KACAK , BERGAYA , kaya-raya  datang dekatttt sangat-sangat ngan saya . OHMAII , otak berkata , "mesti dia nak mengorat aku" , so saya pon ready lah untok kasi numb fon jikalau diminta , *terlupa sekejap bahawa aku BUKAN SINGLE* Tapi malang tak berbau , dia hanya bertanya dengan nada cemas *macam baru dapat tau kucing dia sakit tenat* "nampak orang lari tak ? tangan bergari . saya inspektor Amir dari balai polis Kuala Nerang . Tadi ada penjenayah lari ."


osemm kan ? abang polis MALAYSIA memang osem !
HIDOP ABANG-2 POLIS ! 


  Kecewa tak terkata bila dengar solan tu luar dari jangkaan aku . Bhahaha . Aku pon tunjok lerr jalan manusia tadi lari . Sambil membetulkan rambut dia yang dah macam 'bulu ayam jatuh dalam parit' , dia lari cari manusia tu . Aku masok rumah then arahkan adik-adik aku diam and duduk macam askar untok mengelakkan sebarang kejadian tak diharapkan . 


  Untong tingkap dapur tak berbunyi *krekk* , memudahkan lagi tugas aku nak mengintai . Pastu aku nampak abang polis n manusia tadi belari bekejaran sampai masuk dalam hutan . Agak kecewa sebab abang polis paling handsome abad ini dah jauh dari pandangan mata kasar aku . Takda jodoh mungkin . 


  Dalam hati berkata "selamat tinggal abang polis , ada jodoh kita jumpa lagi" . *sedih kan ? sedih kan ? sobsob . :'( *

  Pastu tunggu kepulangan si mak and si abah tersayang untok mulakan cerita . yess , cerita sebijik , secibik macam cerita kat entry nih . hewhew . 


*sumpah aku garu kepala nak buat penutop . aku manusia yang selalu kena cubit ngan cikgu Ruzi tatkala gagal melengkapkan penutop karangan . Terima kasih cikgu . sayang cikgu ! muaaah ! -,-" *
  So , untok mengelakkan kena cubit ngan cikgu Ruzi *kalau dia terbaca blog tanpa penutop ni* , saya istiharkan , bahawa , ENTRI SAYA MEMANG DICIPTA TANPA PENUTOP . k sekian terima kasih . ;)


p/s : 1) Saya pon tatau ending lari berkejaran mereka . tapi harap abang polis osem tu berjaya .
      : 2) Maaf kekasih belahan hati jikalau terserlah saya sukakan abang polis , hanya entry semata-mata . saya setia okay. :*

0 comments:

Post a Comment